NADI X Keusahawanan-Rakaman Webinar-Operasi Perniagaan
22 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2026, bermula pukul 2.00 petang, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan iaitu Rakaman Webinar iaitu Operasi Perniagaan.
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan operasi perniagaan yang sistematik bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan sesuatu perniagaan.
Webinar ini dilaksanakan dengan dengan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan proses kerja, penyusunan operasi harian, kawalan kualiti, serta penggunaan sumber secara optimum dalam perniagaan. Pengisian turut merangkumi perkongsian amalan terbaik dalam mengurus operasi secara lebih efisien dan tersusun. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kefahaman tentang pengurusan operasi, seterusnya membantu mereka meningkatkan kecekapan, produktiviti serta daya saing perniagaan secara keseluruhan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: